ARKIB BLOG
  • 02/01/2004 - 03/01/2004
  • 03/01/2004 - 04/01/2004

  • -tagboard-

    Others Web:Log


     
    Coretan Harian Seorang Aku, Me, Myself & I

    Cerita-cerita kelmarin dan hari ini yang mungkin boleh dijadikan pedoman, kenangan pahit manis di masa akan datang.

    Wednesday, March 10, 2004

        Mari Bincangkan ~ Cara Wanita Bertudung Masa Kini

    Aku rasa tertarik nak bincangkan topik ni bila terpandang segelintir kaum wanita muslimah yang bertudung tapi;

    1. Berpakaian sendat/ketat ~ ada yang pakai seluar ketat seolah-olah nak pegi aerobik class. Tak kurang plak yang pakai seluar jeans dan baju pendek yang boleh menampakkan punggung.

    2. Berpakaian yang boleh memperlihatkan bentuk tubuh badan.

    3. Mengenakan tudung jarang. Kalau tengok dekat-dekat nampak bayangan rambut kat dalam tudung.

    4. Ada juga yang pakai tudung tapi nampak leher...(tak paham).

    5. Tudung yang masih memperlihatkan anak rambut dekat dahi.

    6. Kain yang berbelah hingga nampak betis/paha.

    7. Bertudung tapi mengumpat, fitnah dan caci-mencaci.

    Ada banyak lagi tapi tak payah aku huraikan kat sini. Sedih bila melihat keadaan muslimah kita masa kini yang seperti tidak tau apa maksud menutup aurat. Menutup aurat hendaklah mengenakan baju yang longgar hingga ke kaki. Tapi berbeza sungguh dengan fesyen bertudung masa kini yang kadang-kadang tak boleh diterima dek pandangan mata. Apakah plak pandangan orang bukan Islam tatkala melihat keadaan yang sedemikian rupa. Apakah sudah tidak ada nilai bertudung yang sebenarnya di sisi Islam? Atau bertudung hanya untuk menunjukkan yang mereka menyempurnakan kewajipan sebagai wanita muslimah untuk menutup aurat? Bertudung saja tidak cukup kalau kita tidak susuli dengan sembahyang. Bukan saja kita memalukan martabat umat Islam di mata mereka tapi juga di sisi Allah swt. Wallahualam....

    posted by: | kelipkelip | - | 3:05 PM |

    [ ]

    Tuesday, March 09, 2004

        Syaitan Bermesyuarat...renungkanlah sejenak...

    Sorang hamba Allah swt antar benda ni kat mailbox aku so akupun paste kat sini harap-harap kepada tukang baca (eh adaker orang nak baca blog aku ni?) dapatlah dijadikan pedoman buat diri masing-masing...insyaallah.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Dgn nama Allah swt Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam di atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw, para sahabat, syuhadah serta muslimin dan muslimat.

    Semoga kita akan terus memperbaiki diri kita dengan menyingkap
    kehidupan mereka dalam menegakkan Islam yg suci...insyaallah. Secebis ilmu dr sahabat, saya tolong forwardkan untuk dikongsi bersama...moga ianya mampu menjadi peringatan bersama, insyaAllah.

    Syaitan Bermesyuarat (bacalah meskipun anda berada dalam kesibukan) ...

    Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal
    ucapannya, dia berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca
    Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak
    dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

    Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka
    dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."

    Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

    Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam
    kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup
    mereka yang kosong itu."

    “Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

    "Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio
    atau kaset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

    "Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

    "Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-isteri mereka."

    "Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami
    mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan
    keluarga mereka dengan pantas."

    "Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

    "Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah
    sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka
    sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

    "Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"

    "Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

    "Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak
    mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja
    amal tadi."

    "Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini!
    Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk
    menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk
    menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini, "Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?"

    ~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna : Berada di bawah telunjuk Syaitan??????

    posted by: | kelipkelip | - | 4:15 PM |

    [ ]

    Thursday, March 04, 2004

        Sesat

    Semalam abang kawan aku telah meninggal dunia secara tiba-tiba. Al-Fatihah untuk arwah. Panggilan telefon pukul 2.19am darinya menerusi handphone ku di tengah subuh yang hening teramat mengejutkan aku dari tidur yang lena. Esoknya bersama 2 lagi kawan, kami sepakat untuk menziarahi kawan tadi, Ar, petang lepas keja. Selepas waktu maghrib kamipun bertolak dan sampai ke rumahnya dalam masa 20 minit perjalanan.

    Suasana sayu menyelubungi di setiap pelusuk penjuru rumah itu. Sambil mengucapkan takziah, Ar terus memeluk aku. Meskipun wajahnya cukup tenang, tapi aku tahu dia berasa sedih atas apa yang terjadi. Itu semua sudah ketentuan Yang Esa. Kita kena terima dengan hati yang redha dan merelakan dia pergi untuk selamanya. Giliran kita pula belum tahu bila. Setelah lebih kurang 2 jam berada di rumah Ar, kamipun mula minta diri untuk beredar sebaik saja ustaz dan semua selesai menunaikan sembahyang isyak dan membaca yassin. Dengan wajah hiba dia menghantar kami bertiga sehingga ke pintu rumah. Aku simpati dengan nasib Ar, bapanya sudah 6 tahun meninggal, kini abangnya pula. Hilanglah sudah lelaki yang menjadi harapan dalam keluarganya. Kini cuma tinggal dia, maknya dan adiknya di rumah tu.

    Dekat jam 9 malam, kami bertolak balik sambil berborak-borak kosong. Terlalu asyik kami berborak sehingga tetiba "Eh! Kat mana kita ni hah?" tanya kawan aku empunya kereta yang kami tumpang. Aku yang duduk di passenger seat sebelah kiri driver dan El yang duduk di belakangpun tidak pasti kami sedang berada di mana. Suasana jalan yang agak sempit, sebatang lampu jalan pun tiada, kelihatan semak di kiri-kanan jalan, rumah orang plak boleh dikira... kalau adapun cuma 2-3 buah, itupun sudah gelap mungkin penghuninya dah tidur (tapi takkan awal macam tu dah tidur), jalan plak turun bukit naik bukit, tiada papan tanda untuk kami mengenalpasti kawasan tersebut, nak harapkan berteman kereta lain... jangan harap, langsung takde kereta kat depan atau belakang kereta kami, sekali-sekala kawan aku yang memandu tu mengomel... aku rasa bengang ngan lubang-lubang kat jalan tu. Keadaan sebegitu sudah cukup membuatkan kami seram. "Apesal kau ikut jalan ni? Kita kat mana ni? Tak pernah aku lalu kawasan ni," El tetiba bersuara. "Rileksler...teruskan jer perjalanan. Aku yakin kita akan jumpa jalan besar kat depan tu," aku tetiba bersuara sambil memeriksa handphone di genggaman yang asyik-asyik suruh aku "Select Network" maknanya line GSM kat area tu memang takde coverage.

    Tetiba sewaktu melalui sebuah bukit yang agak tinggi, kawan aku yang tengah memandu tu cepat-cepat tekan auto-power window dia untuk naikkan tingkap yang sedari tadi kami biarkan terbuka. "Apesal?" aku dan El serentak soal dia. "Errrr....korang tak terhidu sesuatu ker? Bauuu....bau busuk???". "Kalau apa-apa terjadi kat kita malam ni, takde sapa yang akan tau. H/phone aku ni takde line tau." El bersuara. "Kita tawakal jer, aku rasa kita mesti jumpa jalan besar kat depan," saja nak tenangkan hati semua termasuk aku. Pelik gak apesal takde signage langsung kat kawasan tu. Walauapa pun kami teruskan gak perjalanan sehingga lebih kurang 1 jam 15 minit meredah jalan yang misteri itu, akhirnya kelihatan di bawah bukit lampu berkelip-kelip menandakan ada kawasan perumahan di situ. Kami berpandangan sesama sendiri. Tak lama lepas tu, kami nampak signage "Jalan Ke Pekan XXX" (tak yah ler aku cakap nama pekan tu yang sebenar) kat depan. Kami menarik nafas lega, syukur takder apapa berlaku. Rupanya tu jalan pintas ke pekan tu dari kawasan kampung Ar. Tapi kami langsung tak terniat nak ikut jalan tu. Ngeri gak kalau kami tak jumpa jalan besar. Jalan balik yang cuma takes us about 20 minutes drive mengambil masa 1 jam lebih untuk sampai ke rumah.

    posted by: | kelipkelip | - | 4:23 PM |

    [ ]

    Monday, March 01, 2004

        Teka-teki yang aku dapat masa tengok Xtra AF

    Petang semalam aku layan astro dengan adik aku. Kitorang tengok channel 15 ~ Xtra Akademi Fantasia. Boring gak kengkadang bila bukak astro asyik-asyik AF jer specially channel 15 tu. Mungkin dah tak sepanas dulu tapi tunggu jer AF musim ke 2 nanti. Hah masa tengok rancangan tu semalam Rosmah ada kemukakan soalan teka-teki kat Nija. Tekateki tu bunyi dia lebih kurang gini "Apesal bila beruk tu start nyanyi kat atas stage...semua orang baling dia dengan batu ler, telur busuk ler....apesal? Sedangkan kehadirannya malam tu untuk menyanyi memang dinanti-nantikan oleh penonton sekalian? Apesal orang baling dia?". Tapi aku tak sempat nak tengok sampai last untuk tunggu the jawapan. Siapa yang tahu jawapan dia aaaaa?

    Apa dah jadi dengan students AF yang lain seperti Nija, Rosma, Azizi, Sahri, Atie dan Burn? Yang nama aku tak sebut tu ada yang dah rakam lagu, ada yang dah jadi DJ radio, pengacara pasangan roda impian dan rancangan masak memasak kat astro. Tapi apa pula ceritanya dengan nama-nama kat atas tu? Aku rasa mereka akan tambah tenggelam dengan kehadiran students AF musim ke 2 tidak lama lagi.

    posted by: | kelipkelip | - | 3:36 PM |

    [ ]

        Februari 2004 dah pergi...

    Huisssyyyy sekejap jer dah sampai bulan Mac. Macam tak sedar kita dah melewati dua bulan di tahun 2004, Januari dan Februari. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini. Pagi tadi plak aku busy semacam kat opis. Apa taknya hari ni ISO Re-certification Auditing Service kat opis so filing semua kena in order. Ni lerrrr saat-saat yang aku paling bengang. Bengang sebengang-bengangnya. Kalau ikut hati nak jer aku cuti emergency pagi tadi tapi aku tak sanggup ikut hati....aku nak ikut otak, berfikir secara waras sebab ikut hati mati. Ehhhh apa aku melalut ni?

    Anyways bye bye to February and hi hi to March. Februari kena tunggu tahun depan baru jumpa balik. Itupun kalau panjang umur, insyaallah.

    posted by: | kelipkelip | - | 3:16 PM |

    [ ]
    WebLog kelipkelip.blogspot.com